Pendedahan Getaran Seluruh Badan (Whole Body Vibration) Semasa Memandu Dan Kejadian Sakit Belakang Bawah Dan Pinggang Dikalangan Pemandu Lori Sisa Pepejal Di Seberang Perai, Pulau Pinang

Getaran badan dan simptom sakit belakang

Authors

  • Marshallino Paul ILKKM Sg Buloh
  • Syazwan Aizat Ismail ILKKM Sg Buloh
  • Umathavan Arumugam ILKKM Sg Buloh

Keywords:

getran seluruh badan, whole body vibration, ergonomik, kejuruteraan faktor manusia, sakit belakang bawah, kenderaan pembersihan, majlis perbandaran, majlis bandaraya

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji pendedahan getaran semasa memandu (Whole body  vibration; WBV) dan masalah sakit pinggang/ sakit belakang bawah (LBP). Kajian rentas dan teknik persampelan bertujuan telah dijalankan oleh pengkaji, melibatkan 24 orang responden yang terdiri daripada 12 orang pemandu lori kompaktor dan 12 orang pemandu lori tipper 1 tan daripada satu organisasi yang menguruskan pengambilan sampah di Pulau Pinang. Kedua-dua kumpulan dikaji sosiodemografik, ciri-ciri pekerjaan, persekitaran pekerjaan, maklumat kesihatan dan kekerapan sakit pinggang menggunakan borang soal selidik ‘Validate Standard Nordic Questionnaire’ yang telah diterjemah dalam bahasa Malaysia, manakala, magnitud getaran ditentukan dengan menggunakan Human Vibration Meter. Hubungan diantara getaran semasa memandu dan sakit pinggang diuji dengan ujian korelasi pearson correlation. 100% daripada responden mengalami masalah sakit pinggang dalam tempoh 12 bulan terkini. Nilai pendedahan getaran harian kedua-dua kumpulan didapati telah melebihi paras nilai limit pendedahan getaran harian (ELV) 1.15 ms-² dan nilai pendedahan getaran harian bertindak (EAV) 0.5 ms-² yang telah ditetapkan oleh European Parliament Council 2002. Hasil daripada analisis ujian korelasi menunjukkan terdapat perkaitan pendedahan getaran harian dan sakit pinggang. Ini menunjukkan pendedahan getaran semasa memandu menyebabkan masalah sakit pinggang dalam kalangan responden.

Published

2019-03-18

How to Cite

Paul, M., Ismail, S. A., & Arumugam, U. (2019). Pendedahan Getaran Seluruh Badan (Whole Body Vibration) Semasa Memandu Dan Kejadian Sakit Belakang Bawah Dan Pinggang Dikalangan Pemandu Lori Sisa Pepejal Di Seberang Perai, Pulau Pinang: Getaran badan dan simptom sakit belakang. MAEH Journal of Environmental Health, 1(1), 17-23. Retrieved from http://maeh4u.org.my/journal/index.php/maeh/article/view/7