KURSUS PEWASAPAN (FUMIGATION) BAGI PENGAMAL KESIHATAN PERSEKITARAN

  1. PENGENALAN

Persatuan Kesihatan Persekitaran (MAEH) ialah sebuah badan profesional yang mewakili pengamal-pengamal dalam bidang kesihatan persekitaran. Sebagai Ahli Bersekutu di bawah The International Federation of Environmental Health (IFEH) dan juga satu pusat latihan yang berdaftar di bawah the Chartered Institute of Environmental Health (CIEH) U.K., MAEH memberi khidmat  konsultansi dan latihan kepada organisasi dan individu dalam bidang yang berkenaan dengan kesihatan persekitaran.

 

  1. OBJEKTIF KURSUS

 Mengemas kini ilmu pengetahuan pengamal kesihatan persekitaran terutama PKP dan PPKP berkaitan pewasapan dan peranan mereka dalam aktiviti pewasapan (Fumigation)

 

  1. OBJEKTIF KHUSUS
  • Meningkatkan pengetahuan berkaitan fumigant, prosedur dan piawai dalam pewasapan
  • Menyenaraikan peralatan-peralatan pewasapan
  • Menerangkan peruntukan di bawah Akta Hidrogen Sianida 1953 dan peraturan berkaitan
  • Mengemas kini pengetahuan peserta berkaitan aspek keselamatan dan pertolongan cemas dalam aktiviti pewasapan
  • Mendedahkan kepada peserta latihan amali pewasapan di lapangan
  • menjelaskan teknik penilaian teknikal aktiviti pewasapan

 

  1. TARIKH & TEMPOH KURSUS

Kursus akan diadakan pada 24 hingga 26 Jun 2019 di HYPE Motorsports Hotel, Nilai

Lot No 31582, Putra Nilai 71800 Mukim Labu Negeri Sembilan

 

  1. SIAPA YANG PERLU HADIR

Kursus ini adalah disasarkan kepada:

i) Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang berkhidmat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii) Pegawai teknikal yang memantau keselamatan dan kesihatan di Pihak Berkuasa Pelabuhan

iii) Pensyarah-pensyarah di Universiti Awam dan Swasta yang menganjurkan Program Kesihatan Persekitaran

 

  1. KAEDAH PENYAMPAIAN KURSUS

Kursus ini akan disampaikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui syarahan, dan latihan amali oleh pensyarah, syarikat pembekal peralatan pewasapan, operator pewasapan berlesen  dan fasilitator yang berpengalaman dalam aktiviti pewasapan.

 

  1. SIJIL KEHADIRAN KURSUS

Sijil kehadiran akan diberikan kepada semua peserta yang telah menghadiri sesi kursus dengan sepenuhnya.

 

  1. PENDAFTARAN DAN YURAN KURSUS

 Yuran kursus ialah RM 570.00 seorang termasuk penginapan hotel dan makan minum sepanjang masa kursus

 

  1. PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mariappan Chinniah, H/P: 0173828456 atau Setiausaha Kerja MAEH, YM Raja Kamarul Abidin di nombor telefon : 03-89597878.

 

KANDUNGAN KURSUS

  Hari 1 : 24 Jun 2019 (Isnin)           

MASA PERKARA PENCERAMAH
1400 – 1430 Pendaftaran dan Taklimat Kursus URUSETIA & KOORDINATOR
1430 – 1500 Pre-Test URUSETIA
1500 – 1600 Pengenalan Kepada Pewasapan TEE ENG ONG
1600 – 1700 Akta Hidrogen Sianida 1953, Peraturan-Peraturan dan Perlaksanaannya MARIAPPAN A/L SEMALAI
1700 – 2000 REHAT & MAKAN MALAM
2000 – 2200 Fumigant  Serta Ciri- Cirinya dan Pertolongan Cemas RIDZUAN
2200 REHAT

       

 Hari 2 : 25 Jun 2019 @ Selasa 

MASA PERKARA PENCERAMAH
0730 – 0830 SARAPAN PAGI / PENDAFTARAN URUSETIA
0830 – 0930 Peralatan-Peralatan  Untuk Pewasapan MOON TRADING SDN. BHD
0930 – 1030 Personal Protection Equipment’s (PPE) &

Material Safety Data  Sheets (MSDS)

 RIDZUAN
1030 – 1100 KUDAPAN PAGI  
1100 – 1300 Prosedur Pewasapan AZAM
1300 – 1400 REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI  
1400 – 1700 Dosej, Kepekatan, Pengesanan dan Pengukuran Gas  TUAN HAJI ZAINAL
1700 – 2000 REHAT & MAKAN MALAM
2000 – 2200 Persediaan Latihan Amali Pewasapan TUAN HAJI ZAINAL
2200 REHAT

Hari 3 : 26 JUN 2019 @ RABU

MASA PERKARA PENCERAMAH
0730 – 0830 SARAPAN PAGI / PENDAFTARAN URUSETIA
 0830 – 0100 Latihan Amali Pewasapan NIK ZULKIFLI
1300 – 1400        REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI
1400 – 1500  Penilaian Teknikal Aktiviti Pewasapan RIDZUAN
1500 – 1530  Post-Test URUSETIA
1530 – 1600  Majlis Penutup Kursus URUSETIA
1600 TAMAT KURSUS

NOTA:

Jadual ini tertakluk kepada perubahan mengikut keperluan semasa

DOWNLOAD SURAT/BORANG PENYERTAAN:

http://bit.do/fumigation

QR Code

Please follow and like us:
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS300
Follow by Email9
Facebook
Facebook
Google+
https://maeh4u.org.my/kursus-pewasapan-fumigation-bagi-pengamal-kesihatan-persekitaran">
Twitter