
Mr Tee Eng Ong, Presiden MAEH mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam Seminar Kesihatan Persekitaran Anjuran MAEH yang telah diadakan di Kelab Tasik Putrajaya pada 28 Mac 2019 baru-baru ini. Seminar yang dianjurkan ini adalah memberi peluang kepada pengamal kesihatan di Malaysia amnya untuk mendapatkan input yang terkini dan juga pendedahan isu-isu semasa berkaitan Kesihatan Persekitaran Amnya. Seramai 200 orang peserta yang telah hadir untu menyertai seminar pada kali ini dan rata-rata yang hadir adalah dari peringkat Kementerian, Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Universiti, Pihak NGO dan juga pelajar-pelajar universiti yang tidak melepaskan peluang.
Disamping itu juga, penyertaan didalam pembentangan poster dari pengamal kesihatan persekitaran juga turut mendapat penyertaan yang menggalakan pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada peserta dan tahniah juga diatas penganjuran seminar pada kali ini.
