Ucapan Tahniah Kepada Tuan Ooi Poh Keong Di Atas Pemangkuan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) Gred U54

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Kesihatan Enviromen Malaysia (MAEH) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan juga penghargaan kepada Tuan Ooi Poh Keong di atas pemangkuan bagi jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) Gred U54 yang berkuat kuasa 15 April 2019. Dengan pemangkuan jawatan ini, Tuan Ooi Poh Keong ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Persekitaran di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya.

Dengan perlantikan ini, adalah menjadi sejarah dalam jawatan tertinggi Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) di Malaysia dan Tuan Ooi Poh Keng adalah pegawai yang pertama menyandang Jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) Gred U54. Pihak MAEH akan memberi sokongan sepenuhnya penglibatan tuan memberi penyampaian dalam kesihatan persekitaran. Semoga tuan dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang seterusnya mengharumkan nama baik jabatan dan juga profesion kesihatan persekitaran.

Please follow and like us:
error

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS300
Follow by Email14
Facebook
Facebook
Twitter