Warning: Undefined array key "sfsi_original_counts" in /home/maehuorg/public_html/wp-content/plugins/ultimate-social-media-icons/libs/controllers/sfsiocns_OnPosts.php on line 45

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/maehuorg/public_html/wp-content/plugins/ultimate-social-media-icons/libs/controllers/sfsi_socialhelper.php on line 557

Hasil Mesyuarat MAEH Isu Orang Asli (Batek) Kuala Koh, Gua Musang Kelantan pada 11 Jun 2019


Warning: Undefined array key "sfsi_original_counts" in /home/maehuorg/public_html/wp-content/plugins/ultimate-social-media-icons/libs/controllers/sfsiocns_OnPosts.php on line 45

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/maehuorg/public_html/wp-content/plugins/ultimate-social-media-icons/libs/controllers/sfsi_socialhelper.php on line 557

Persatuan Kesihatan Enviromen Malaysia (MAEH)- telah mengadakan Mesyuarat Khas Bagi Membincangkan Kejadian Kluster Jangkitan Saluran Penafasan Dalam Kalangan Orang Asli di Kuala Koh Gua Musang, Kelantan pada 11 Jun 2019 jam 8.00 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat MAEH di Taman Equine Seri Kembangan Selangor.

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan isu ini dan peranan pengamal kesihatan persekitaran bagi membantu agensi kerajaan dalam situasi sebegini. Mesyuarat juga mengambil maklum situasi terkini kejadian tersebut dan maklumat yang disebarkan melalui media dan bersetuju untuk mengutuskan surat kepada YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi NADMA dan menyatakan perkara berikut:

1. Merakamkan perasaan dukacita atas kejadian ini yang mengakibatkan kematian dalam kalangan komuniti Orang Asli.

2. Merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia atas keprihatinan dan tindakan segera dalam isu ini.

3. Menegaskan bahawa kesihatan persekitaran adalah satu bidang yang melibatkan faktor-faktor fizikal, kimia, biologi dan psikososial dalam persekitaran yang mampu mempengaruhi kesihatan manusia dan pengabaian kepada faktor-faktor ini akan mengakibatkan pelbagai kejadian penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan manusia.

4. Berpandangan Kejadian Kluster Jangkitan Saluran Penafasan Dalam Kalangan Orang Asli Kuala Koh Gua Musang Kelantan adalah isu kesihatan persekitaran yang perlu ditangani secara holistik dengan penglibatan pengamal kesihatan persekitaran daripada semua pihak berkepentingan.

5. Bersetuju untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan persekitaran dan kepakaran bagi membantu menangani isu melalui Penilaian Risiko Kesihatan Persekitaran dan Penilaian Kualiti Udara di kawasan kejadian.

6. Memohon kepada semua pihak supaya sentiasa memberi perhatian dan penekanan kepada kepentingan penjagaan kesihatan persekitaran bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang di masa akan datang. Tindakan pencegahan yang lebih efektif dan sistematik melalui pendekatan terkini kesihatan persekitaran perlu menjadi teras utama dalam perancangan dan tindakan semua agensi yang berkaitan demi kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat juga telah bersetuju untuk salinan surat ini dikemukakan kepada YAB Menteri Besar Kelantan, YB Menteri Kesihatan, YB Menteri Tenaga, Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, YB Menteri Tanah Air dan Sumber Asli dan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Please follow and like us:

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Warning: Undefined array key "sfsi_round_counts" in /home/maehuorg/public_html/wp-content/plugins/ultimate-social-media-icons/libs/sfsi_widget.php on line 459

Warning: Undefined array key "sfsi_round_counts" in /home/maehuorg/public_html/wp-content/plugins/ultimate-social-media-icons/libs/sfsi_widget.php on line 500

Warning: Undefined array key "sfsi_round_counts" in /home/maehuorg/public_html/wp-content/plugins/ultimate-social-media-icons/libs/sfsi_widget.php on line 605
RSS
Follow by Email