Laporan Kursus Pengendalian Makanan Anjuran MAEH Bagi Tahun 2017 & 2018

Pada tahun 2017 pihak MAEH telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan dimana sebanyak 89 kursus telah dianjurkan dengan bilangan jumlah peserta adalah seramai 1735 peserta dan bagi tahun 2018 pula sebanyak 142 kursus telah dianjurkan dimana sebanyak 2551 peserta telah menyertai kursus Pengendali Makanan anjuran MAEH. MAEH juga merupakan salah satu persatuan yang menganjurkan latihan pengendali makanan dan di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

PROGRAM LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Tahap kebersihan premis makanan yang tidak memuaskan serta meningkatnya laporan kejadian keracunan makanan telah mendorong KKM untuk meningkatkan lagi latihan kepada pengendali makanan. Ini juga disokong dengan Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel 1998 pada bulan September 1998, di mana imej negara di mata dunia perlu dijaga.

Berdasarkan faktor dan beban kerja yang ditanggung, latihan pengendali makanan telah diswastakan dan dikendalikan secara lebih sistematik oleh tenaga pengajar yang diiktiraf.

Kementerian Kesihatan telah melancarkan Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institusi swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan. Objektif Program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara.

Menerusi program ini modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara. Semua tenaga pengajar perlu menghadiri dan lulus penilaian Kursus Wajib Tenaga Pengajar sebelum layak mendapat pengiktirafan KKM sebagai tenaga pengajar.

Secara ringkasnya Program LPM melibatkan aktiviti seperti berikut :

  1. Akreditasi SLPM – Proses untuk mendapatkan pengiktirafan yang melibatkan institusi atau organisasi yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti latihan pengendali makanan kepada pengendali makanan yang terlibat di dalam penyediaan, penghidangan dan penjualan makanan.
  2. Kursus Wajib Tenaga Pengajar – Kursus yang perlu dihadiri bagi individu yang memohon melayakkan individu tersebut mendapatkan pengiktirafan sebagai tenaga pengajar
  3. Pengiktirafan Tenaga Pengajar – Proses yang melibatkan individu yang lulus kursus wajib sebelum mengajar dan mengendalikan kursus latihan pengendali makanan kepada pengendali makanan.
  4. Audit pemantauan dijalankan terhadap SLPM dan tenaga pengajar bagi memastikan SLPM dan tenaga pengajar yang telah diiktiraf beroperasi mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh KKM.
  5. Tindakan boleh dikenakan bagi mana-mana SLPM yang didapati gagal mematuhi syarat-syarat akreditasi yang telah ditetapkan seperti amaran, penggantungan dan penarikbalikan pengiktirafan.

Senarai SLPM di Iktiraf Oleh KKM

Please follow and like us:
error

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS300
Follow by Email12
Facebook
Facebook
Twitter