Warning: Undefined array key "sfsi_original_counts" in /home/maehuorg/public_html/wp-content/plugins/ultimate-social-media-icons/libs/controllers/sfsiocns_OnPosts.php on line 45
29 Julai 2019, Universiti Putra Malaysia- Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) telah mengadakan satu Mesyuarat Penyediaan Environmental Health Framework Bagi Pembentangan Di IFEH World Congress On Environmental Health 2020 Di Kuala Lumpur bagi membincangkan persediaan penganjuran 16th International Federation Of Environmental Health (IFEH) World Congress 2020 yang akan diadakan pada 11-13 Ogos 2020 di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. Persidangan ini, adalah penganjuran kali ke-2 dimana MAEH sekali lagi diberi penghormatan oleh International Federation Of Enviroenmental Health (IFEH) yang telah bersidang pada 22 -23 Oktober 2017 di Montego Bay, Jamaica dimana mesyuarat sebulat suara telah bersetuju telah memilih Malaysia sebagai lokasi bagi penganjuran 16th IFEH World Congress 2020.
Mesyuarat ini, juga telah dihadiri oleh Datuk Haji Azih Bin Muda, Presiden Cuepecs dan ahli mesyuarat yang lain dari pengamal kesihatan persekitaran di Malaysia dari peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan, wakil Universiti Awam dan Swasta serta agensi-agensi yang terlibat dalam memberi penyampaian perkhidmatan kesihatan persekitaran.
Semua wakil pengamal kesihatan persekitaran yang hadir telah memberi pandangan dan pendapat dalam halatuju perkhidmatan penyampaian kesihatan persekitaran di Malaysia. Perbincangan ini juga telah memberikan beberapa keputusan yang harus diberi penekanan dalam memastikan tindakan segera yang perlu dijalankan untuk dibentangkan dalam World Congress Environmental Health 2020 nanti.
Mesyuarat yang diadakan di Dewan OSH, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Putra Malaysia dan dipengeruskan oleh En Tee Eng Ong Selaku Presiden MAEH.