Penyerahan Surat Ucapan Tahniah MAEH Kepada Tuan Ooi Poh Keong

29 April 2019, Putrajaya– Pihak MAEH sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Tuan Ooi Poh Keong diatas Pemangkuan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) Gred U54 yang berkuat kuasa pada 15 April 2019 baru-baru ini. Surat penghargaan ucapan tahniah telah dikeluarkan kepada Tuan Ooi Poh Keong oleh pihak MAEH sebagai tanda penghargaan kepada beliau diatas pemangkuan tersebut. Surat ucapan tahniah telah diserahkan oleh Tuan HajiĀ  Che Saipolliza Bin Deraman selaku EXCO MAEH, merangkap Jawatankuasa Kecil Pembangunan Profesion di KPKT & SWASTA di pejabat beliau hari ini. Dengan perlantikan ini, adalah menjadi sejarah dalam jawatan tertinggi Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) di Malaysia dan pihak MAEH akan memberi sokongan sepenuhnya penglibatan tuan memberi penyampaian dalam kesihatan persekitaran. Semoga tuan dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang seterusnya mengharumkan nama baik jabatan dan juga profesion kesihatan persekitaran. Tahniah diucapkan.

Penyerahan surat ucapan tahniah kepada Tuan Ooi Poh Keong telah disempurnakan oleh Tuan Haji Che Saipolliza Bin Deraman mewakili MAEH

Surat Ucapan Tahniah MAEH Kepada Tuan Ooi Poh Keong

Surat Ucapan Tahniah Kepada En Ooi Poh Keong PKP U54

 

Please follow and like us:
error

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS300
Follow by Email14
Facebook
Facebook
Twitter