Kunjungan Hormat Majlis Presiden Persatuan Dan Kesatuan Profesion PKPDan PPKP Kepada Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, KKM

25 April 2019, Putrajaya– Presiden MAEH bersama-sama Majlis Presiden Persatuan dan Kesatuan Profesion PKP dan PPKP telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Zainal Alhakab Seman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 25 April 2019. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Majlis Presiden dengan pihak Bahagian Sumber Manusia, KKM terutamanya Tuan Setiausaha Bahagian yang baharu melapor diri di KKM. Disamping itu, dalam kunjungan ini juga, pihak Majlis Presiden telah membangkitkan isu-isu berkaitan profesion PKP dan PPKP untuk mendapat nasihat dan kerjasama daripada pihak Bahagian Sumber Manusia KKM. Pihak Majlis Presiden merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan Zainal Alhakab dan pegawai-pegawai di Bahagian Sumber Manusia KKM yang telah menerima kunjungan Majlis Presiden dan memberi kerjasama bagi menjayakan kunjungan ini dan cadangan penyelesaian isu-isu yang dibangkitkan oleh Majlis Presiden. Semoga kerjasama sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.
En Tee Eng Ong selaku Presiden MAEH merangkap Pengerusi Majlis Presiden Persatuan dan Kesatuan Profesion PKP & PPKP di Malaysia turut hadir didalam perjumpaan ini.
Please follow and like us:
error

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS300
Follow by Email14
Facebook
Facebook
Twitter