Selamat Menyambut Hari Pekerja 2019

1 Mei 2019, Seri Kembangan– Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA TAHUN 2019 kepada seluruh warga keluarga MAEH dan juga semua penjawat awam mahupun swasta yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara. khidmat bakti didalam memberi perkidmatan dan penyampaian didalam menjalankan tugas demi negara dan bangsa tercinta.

Tanggal 1 Mei setiap tahun seluruh warga pekerja akan menyambut Hari Pekerja dimana tema pada tahun 2019 ini adalah “PEKERJA AMANAH ASPIRASI NEGARA” menjadi asas kepada kebajikan kerajaan terhadap warga kerja yang telah memberi sumbangan kepada negara. Dalam era pembangunan moden ini, warga kerja telah memberi dan menyumbang produktiviti dan inspirasi dangan ikrar yang utuh berlandaskan perlembagaan negara serta akujanji pekerja didalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

Kearah menuju tahun 2020, pihak Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) menyarankan kepada warga pekerja di Malaysia disamping memberi penyampaian dalam perkhidmatan hendaklah merelasasikan kearah kehidupan yang lebih sihat dengan memastikan kesihatan persekitaran sentiasa dipelihara demi manusia sejagat. SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA TAHUN 2019 dengan tema PEKERJA AMANAH ASPIRASI NEGARA.

Please follow and like us:
error

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RSS300
Follow by Email14
Facebook
Facebook
Twitter